9 Langkah Buat Jualan RM10 Ribu Dalam 30 Hari

9 langkah buat jualan RM10 ribu dalam 30 hari

Pernah tak anda terfikir nak buat RM10,000 sebulan? Pasti ada cita-cita seperti itu yang pernah wujud dalam minda anda. Izinkan saya berkongsi 9 langkah buat jualan RM10 ribu dalam 30 hari.

 

9 langkah buat jualan RM10 ribu dalam 30 hari
Apa strategi anda untuk capai pendapatan 5 angka sebulan?

 

1. Cari pasaran yang boleh anda kuasai

Dalam hal ini, anda cari satu pasaran produk atau servis yang anda benar-benar faham dan berpengalaman. Katakan anda boleh jual pakaian niche wanita, buat satu video yang boleh menceritakan pasaran produk wanita tersebut.

 

2. Cari apa masalah yang boleh membuatkan pelanggan bayar untuk selesaikan masalah tersebut

Lihat berapa ringgit yang mereka sanggup bayar asalkan masalah boleh selesai? Lebih besar masalah pelanggan, lebih tinggi mereka sanggup bayar.

 

3. Cari sasaran pelanggan

Orang professional biasanya guna emel. Orang remaja banyak lepak di laman sosial. Ada sebahagian mereka yang suka tengok YouTube dan Google. Kaji macam mana anda nak sampaikan mesej pada mereka mengikut tempat yang mereka suka lepak.

 

4. Besar mana pasaran anda?

Sebelum anda mula menjual, lihat seberapa besar pelanggan anda. Kalau anda tak pasti, buat semula langkah pertama. Kalau anda teruskan, banyak wang dan masa yang akan hangus nanti.

 

5. Apa kaedah yang berkesan untuk sampaikan mesej?

Fikirkan bagaimana mesej anda boleh sampai kepada pelanggan. Boleh jadi mesej dari WhatApps, media sosial seperti Facebook dan Instagram, video di YouTube atau emel. Sejauh mana anda boleh beri komitmen dan boleh fokus? Pilih satu medium sahaja.

 

6. Adakah anda memiliki tawaran yang hebat?

Jika tiada tawaran yang hebat, siap sedia untuk rugi. Pastikan tawaran tersebut bernilai tinggi di mata pelanggan.

 

7. Berapa nilai setiap pelanggan?

Lebih tinggi nilai yang pelanggan anda keluarkan, lebih rendah jualan yang perlu dihasilkan. Periksa semula tawaran anda, apa nilai yang boleh anda masukkan untuk meningkatkan lagi nilai dalam setiap tawaran.

Ada bisnes yang menjual dengan harga RM9 > RM29 > RM129 > RM499

Anda juga perlu lakukan perkara yang serupa.

 

8. Jalankan pengiklanan

Beberapa jenis iklan perlu melalui proses eksperimen sebelum duit anda hangus untuk iklan. Buat beberapa jenis iklan dan tengok mana satu yang berkesan.

 

9. Data bisnes

Dalam banyak-banyak tawaran, yang mana satu pelanggan anda suka? Ada tak pelanggan yang terus beli tanpa banyak tanya? Buat iklan baru dan tuju pada prospek baru yang 100% belum pernah tengok tawaran dalam iklan anda.

Sekiranya anda boleh jadikan prospek sebagai pelanggan setiap hari, anda akan ada aliran tunai yang positif dalam bisnes. Siapa yang tak nak tengok duit masuk setiap hari?

Jika anda tak tahu nak jual produk apa, anda boleh rujuk panduan bisnes Shopee yang sudah dimiliki oleh lebih 3,000 orang usahawan.

Pemasaran dan jualan berjalan seiring. Anda boleh ikut dan terapkan dalam bisnes anda.

2 comments / Add your comment below

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!